JAKARTA – Seorang peniaga sate di Tanggamus, wilayah Lampung cedera selepas ditikam oleh pelanggannya yang marah kerana makanan itu melekat pada gigi, lapor laman berita Kompas semalam.
Insiden berlaku Jumaat lalu sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan).
Ketua Polis Daerah Pugung, Timbalan Inspektor Alfiyan Almasuri berkata, kejadian bermula apabila pelaku dikenali sebagai ES, 33, datang ke gerai sate milik mangsa, Sujei dan memesan makanan.
Selepas menikmati sate di rumah, suspek kembali ke gerai itu dalam keadaan marah.
“Suspek marah kerana kicap yang disalut hanya sedikit dan lidi sate kotor sehingga membuatkan daging terlekat di celah giginya,” kata Alfiyan.
Dalam keadaan emosi, Alfiyan berkata, suspek mengeluarkan pisau lalu menyerang mangsa.
Seorang pelanggan lain dengan segera membantu suspek dan mencegah kejadian itu daripada menjadi lebih teruk.
Mangsa mengalami kecederaan pada leher, tangan kiri dan dada.
Suspek kini ditahan dan jika disabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun. – AGENSI