PETALING JAYA – Gempa bumi berskala sederhana dilaporkan melanda Yunnan, China pada pukul 4.31 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa sederhana itu dilaporkan berukuran 5 skala magnitud.
“Kejadian berlaku di (pada kedudukan) 26.4 darjah utara dan 100 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
“Ia terjadi 170km Timur Laut dari Baoshan, China,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian tersebut. -KOSMO! ONLINE