fbpx

Dua beranak maut, Viva kena sondol trak pikap sebelum dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang meragut nyawa dua beranak dalam kejadian di Kilometer 148 Jalan Johor Bahru-Seremban, Chaah, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Seorang warga emas menemui ajal bersama anaknya selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 148 Jalan Johor Bahru-Seremban, Chaah, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 11.30 itu mengorbankan mangsa masing-masing berusia 70-an dan 30-an.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila Perodua Viva dinaiki dua mangsa dari Labis ke Chaah, dirempuh pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 70–an dari arah belakang.

“Perlanggarab itu menyebabkan kereta itu terbabas ke laluan bertentangan dan dalam masa sama lori dipandu lelaki berusia 40-an dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, lalu merempuh kereta mangsa.

“Pemandu dan penumpang kereta cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, sementara pemandu pacuan empat roda dan lori tidak cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kemalangan diminta menghubungi balai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9325811.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI