fbpx

Bintang PSG sandaran terbaik Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE (dua dari kiri) berada pada momentum terbaik selepas membantu PSG menjuarai UCL musim ini. - AFP

STUTTGART – Perancis mengharapkan sentuhan lima bintang Paris Saint-Germain (PSG) terutamanya duo serangan mereka diketuai Ousmane Dembele dan Desire Doue menjelang aksi separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Sepanyol di MHP Arena awal pagi esok.

Selain Dembele dan Doue, tiga lagi pemain PSG yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini seperti Lucas Hernandez, Warren Zaire-Emery serta Bradley Barcola dijangka memulakan aksi dari bangku simpanan.

Kecemerlangan mereka menghadiahkan gelaran Eropah pertama buat PSG semestinya ditagih untuk mengemudi Perancis mara ke final UNL sekali gus menebus kekalahan mereka di tangan Sepanyol di separuh akhir Euro 2024 lalu.

“Sepanyol telah membuktikan kualiti mereka sebagai pasukan terbaik di Eropah, mungkin juga di dunia. Namun, saya akan pastikan pasukan kami mampu mencabar mereka di atas padang nanti.

“Jujurnya saya masih belum melihat mana-mana pasukan dapat menghalang (Lamine) Yamal (bintang muda Sepanyol), begitu juga Nico Williams. Sepanyol memiliki kepantasan tetapi ia tidak bermakna kami sudah mengibarkan bendera putih.

“Tahniah kepada pemain-pemain saya yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Sekarang saya mahukan khidmat mereka untuk memastikan satu lagi kemenangan,” kata pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Sebagai rekod, Dembele dinobatkan sebagai Pemain Terbaik UCL sementara Doue diangkat sebagai pemain muda terbaik kejohanan berprestij Eropah itu.

Ketiadaan dua tonggak pertahanan, William Saliba dan Jules Kounde mungkin tidak begitu dirasai dalam kem Perancis disebabkan memiliki jentera serangan berbahaya bakal diketuai Kylian Mbappe selain bakat seperti Michael Olise serta Marcus Thuram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI