fbpx

Bintang K-pop anak Malaysia seronok masuk PLKN 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Isaac Woo yang kelihatan ceria semasa berada di kem latihan PLKN.

PETALING JAYA. – Demi semangat patriotik kepada negara, bintang K-pop kelahiran Malaysia, Isaac Woo seronok menyertai program Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0).

Anggota kumpylan SKYE (IN2IT) mengakui sudah lama mengimpikan pengalaman menjalani latihan ketenteraan seperti rakan selebriti Korea Selatannya yang selama ini keluar masuk kem tentera .

“Saya gembira sangat dapat join PLKN 3.0 dan momen ini takkan saya lupakan. Memang dari dulu lagi teringin nak rasa macam mana jadi abang askar.

“Selama ini tengok kawan-kawan Korea masuk khidmat tentera. Kali ini saya sendiri rasa jadi askar Malaysia.

“Memang tak sangka dapat peluang pakai baju celoreng dan pegang senjata sebenar Rifle M16 tapi jangan risau, saya bukan nak tukar profesion. Apa yang saya boleh cakap, PLKN 3.0 memang seronok! Rugi kalau anda tidak sertainya,” katanya.

Difahamkan, Isaac ditempatkan di Lapang Sasar Mawilla, Markas Wilayah Laut 1.

Sepanjang berada dalam kem, dia mencuba pengalaman sendiri dalam aktiviti ketenteraan dan terharu apabila diberi peluang untuk memakai baju celoreng, dan menembak menggunakan Rifle M16.

Isaac antara selebriti tanah air yang mempromosikan program terbabit dengan harapan agar lebih ramai anak muda turut serta.

Antara selebriti lain yang turut serta adalah Fattah Amin, Diana Danielle, Syaidatul Afifah, Amira Othman serta beberapa pempengaruh media sosial yang lain.

Pengalaman unik berkenaan bukan sahaja menjadi kenangan manis buat Isaac, malah menjadi penghubung antara dunia K-pop dan semangat patriotik anak muda Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI