fbpx

Bek Harimau Malaya bakal beraksi Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRAZABAL dijangka bergandingan dengan Garces di posisi pertahanan tengah Harimau Malaya selepas ini. - MALAYSIA NT

KUALA LUMPUR – Selain memiliki ketinggian ideal sebagai pertahanan tengah, Jon Irazabal juga mempunyai kualiti kerana mampu bermain di posisi bek kiri selain berpengalaman bermain di pusingan kelayakan Liga Konferens Europa.

Berketinggian 1.87 meter, Irazabal dikatakan mempunyai kualiti dalam aspek perebutan bola tinggi di udara dan perebutan fizikal juga menjadi aset utama buat dirinya.

Berdasarkan data Transfermarkt, Irazabal membuat 98 penampilan dengan kelab Azerbaijan, Sabah FK selain mengumpul enam gol serta mencipta dua bantuan jaringan sepanjang tiga musimnya sejak berhijrah daripada kelab Sepanyol, Amorebieta pada 2022.

Menariknya, Irazabal berjaya membantu Sabah meraih tempat kelima Liga Premier Azerbaijan, sekali gus layak bersaing di pusingan pertama kelayakan Liga Europa musim depan.

Lawan Irazabal dan Sabah nanti sama ada Shakhtar Donetsk, Legia Warsaw, Partizan, Sheriff Tiraspol, CFR Cluj, Hapoel Be’er Sheva, Celje dan Spartak Trnava bergantung kepada undian nanti.

IRAZABAL bersama trofi selepas menjuarai Piala Azebaijan musim ini. – SABAH FC

Dari segi permainan, bekas pemain remaja Athletic Bilbao itu cukup dikenali sebagai bek tengah yang sentiasa fokus, tenang dan stabil mengemudi barisan belakang.

Kehadiran pemenang Copa RFEF 2018/19 dan Piala Azerbaijan musim lalu ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Ini disebabkan beliau turut memiliki bintang Deportivo Alaves, Facundo Garces, Ubaidullah Shamsul Fazili, Harith Haiqal Adam Afkar, Safwan Mazlan, Shahrul Saad dan Junior Eldstal bagi mengisi tugas sebagai pertahanan tengah.

Dengan kombinasi kekuatan fizikal, kepelbagaian posisi, dan pengalaman antarabangsa, Irazabal merupakan tambahan berharga kepada Harimau Malaya sekali gus boleh menolak Dion Cools kembali ke posisi asalnya selaku bek kanan.

Benteng pertahanan Harimau Malaya pastinya kebal dengan kombinasi mantap Irazabal dan Garces untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

PROFIL

Nama penuh: Jon Irazabal Iraurgui

Umur: 29 tahun

Tarikh lahir: 28 November 1996 

Tempat lahir: Bilbao, Sepanyol

Ketinggian: 1.87 meter

Posisi: Pertahanan tengah / bek kiri

Kelab semasa: Sabah FK (Azerbaijan)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI