fbpx

Bas kilang terbalik, 33 pekerja warga asing cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba dan Penyelamat turut membantu mangsa yang cedera Salam kemalangan di lokasi kemalangan di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, di sini, pada Khamis.

PETALING JAYA – Seramai 44 orang penumpang sebuah bas kilang yang dinaiki pekerja asing berdepan detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.59 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Seramai 33 orang mangsa mengalami kecederaan ringan dalam insiden tersebut, manakala 11 lagi mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Daripada jumlah mangsa cedera, lapan orang telah dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bangi dan EMRS Kajang, manakala selebihnya menerima rawatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis memberitahu, operasi menyelamat dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan bantuan BBP Kajang melibatkan kekuatan seramai 13 anggota termasuk pegawai kanan JBPM.

Katanya lagi, punca kemalangan masih dalam siasatan dan operasi tamat sebaik semua mangsa disahkan selamat dan mendapat rawatan sewajarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI