fbpx

AmBank Islamic santuni komuniti sempena Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eqhwan (tengah) menyampaikan sumbangan sempena Aidiladha di Kuala Terengganu.

PETALING JAYA – Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang, pasukan AmBank Islamic melebarkan sayap ke Pantai Timur melalui pendekatan komuniti yang bermakna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eqhwan Mokhzanee mengetuai majlis penyerahan sumbangan Program Komuniti Sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Tengku Besar Terengganu dan Masjid Taman Permin Jaya, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Menurut AmBank Islamic dalam satu kenyataan, usaha berkenaan melambangkan komitmen pihaknya terhadap kesejahteraan masyarakat dan perpaduan rohani.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan masjid-masjid tempatan dalam inisiatif ini, sambil memperkukuh nilai dan penjenamaan kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI