fbpx

UNL: La Roja mahu ukir sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE LA FUENTE

STUTTGART – Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente mahu mencipta sejarah sebagai pasukan pertama berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selama dua musim berturut-turut.

La Roja menjuarai Kejohanan Euro 2024, setahun selepas mememangi UNL 2023, kini perkara sama mahu dilakukan memandangkan tahun depan akan berlangsungnya Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Untuk itu, Sepanyol perlu melepasi halangan bekas juara dunia 2018, Perancis menjelang pertemuan separuh akhir antara kedua-dua pasukan yang akan berlangsung di MHP Arena, Stuttgart, Jerman awal pagi Khamis ini.

Kemenangan akan melayakkan mereka ke final bertemu pemenang antara Jerman dan Portugal di Allianz Arena, Munich pada 9 Jun nanti.

“Kami amat mementingkan perkara ini kerana ia lebih sukar jika dibandingkan Kejohanan Euro. Kami mahu menjadi pasukan pertama memenanginya sebanyak dua kali berturut-turut.

“Kami mahu terus bersaing di peringkat tertinggi bersama barisan pemain ini. Ia tidak mudah tetapi tiada yang mustahil dalam bola sepak,” kata De la Fuente.

Dalam perkembangan sama, pengendali berusia 63 tahun itu percaya bintang veteran Real Betis, Isco, 33, mampu memberikan nilai tambah kepada pasukan mudanya untuk menghadapi cabaran Perancis,

“Kami di Sepanyol sangat beruntung kerana memiliki ramai pemain bola sepak yang hebat. Sebab itu saya tidak meragui kemampuannya (Isco),” tambah De la Fuente. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI