fbpx

Suspek kelar isteri laung Allahuakhbar ketika direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi anggota polis selepas mendapat perintah reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, hari ini.

TANGKAK – Suspek yang dipercayai mengelar isterinya sehingga mati di Taman Cahaya, Bukit Gambir di sini, semalam berkali-kali melaungkan kalimah Allahuakhbar ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak bagi permohonan reman, pagi tadi.

Lelaki berusia 33 tahun itu mendapat perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 kanun sama atas kesalahan melakukan khianat dengan api.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.25 pagi dengan diiringi anggota polis.

Ketika ditempatkan di dalam lokap, suspek didengari berkali-kali melaungkan kalimah Allahuakhbar, beristighfar dan mengucapkan syahadah.

Dia yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu turut menjerit-jerit sambil merengus dalam keadaan kegelisahan.

Kosmo! malam tadi melaporkan seorang lelaki dipercayai mengelar isterinya sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir di sini.

Menurut sumber, selepas membunuh isterinya, suspek berusia lingkungan 30-an itu kemudian telah ke rumah mentuanya di Kebun Baru, di sini sebelum cuba membakar kediaman keluarga tersebut.

Perbuatan suspek bagaimanapun disedari dan hanya beberapa buah kenderaan di luar kediaman yang musnah akibat dibakar.

Tambahnya, suspek telah melarikan diri dengan pulang ke kediamannya di Bukit Gambir sebelum berjaya diberkas polis kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI