fbpx

RM1.3 juta lesap, pengurus syarikat gigit jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang pengurus syarikat kesihatan kerugian lebih RM1.3 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud yang beroperasi secara dalam talian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa berusia 46 tahun itu membuat laporan polis pada 2 Jun lalu setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

Menurut beliau, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat berasaskan kesihatan di negeri ini dikatakan tertarik dengan satu iklan pelaburan saham yang dilihat menerusi aplikasi Instagram pada April lalu.

“Berminat dengan tawaran itu, mangsa memuat turun aplikasi TPG Pro dan mula membuat pemindahan wang ke dalam akaun yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Hamzah berkata, antara 27 April hingga 29 Mei 2025, mangsa telah membuat sebanyak 21 transaksi keempat-empat akaun syarikat berbeza yang berjumlah RM1.3 juta.

“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI