fbpx

PSM kesal Azlan ingkar arahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLAN (kanan) mengalami keretakan siku kiri ketika membantu Malaysia pada saingan Piala Asia baru-baru ini. - SYAKIR RADIN

KAJANG – Tindakan perejam skuad sepak takraw negara, Mohamad Azlan Alias beraksi bersama Melaka Titans pada aksi Liga Sepak Takraw (STL) baru-baru ini memakan diri apabila mengundang ‘murka’ Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Ia berikutan keputusan pemain berusia 30 tahun itu untuk turun bermain bersama Melaka dalam saingan Divisyen 1 meskipun diarahkan supaya berehat ekoran kecederaan dialami ketika membantu Malaysia pada saingan Piala Asia bulan lalu.

Presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, badan induk sepak takraw negara itu sudah pun mengeluarkan surat tunjuk sebab buat apit kanan berkenaan serta kelabnya dan mereka diberikan masa tujuh hari untuk menjawab.

“Laporan (keretakan) bukan datang daripada PSM tetapi doktor dan Institut Sukan Negara (ISN). Oleh itu, perlu menghormati laporan tersebut kerana (khidmat) Azlan diperlukan untuk kejohanan besar.

“Sekiranya belum cergas tetapi turun bermain dan kembali cedera, dia perlu berehat lebih lama. Siapa akan tanggung semua itu? Dia merupakan pemain kebangsaan,” katanya ketika ditemui pada Program Komuniti STL 2025 di Kajang hari ini.

Terdahulu, perejam berpengalaman itu mengalami keretakan tulang siku kiri ketika beraksi pada final regu berpasukan Piala Asia menentang Thailand dan sepatutnya menjalani proses pemulihan selama dua bulan.

Sementara itu, Sumali tanpa berselindung menyatakan tindakan tersebut sebagai kurang profesional kerana mampu menjejaskan perancangan serta persiapan negara ke Piala Raja Thai serta Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember depan.

“Semua orang bertanya kenapa dia turun bermain? Keadaan ini menghuru-harakan keadaan kerana orang anggap dia mengalami kecederaan dan sedang diberikan rawatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI