fbpx

Polis terima 7 laporan kes jemaah haji terkandas di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes 80 jemaah haji terkandas di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila didapati menggunakan visa pelancong untuk ke Tanah Suci.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini, sebanyak tujuh laporan polis diterima berkaitan perkara tersebut.

“Kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan kira-kira 80 jemaah haji yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci semalam terpaksa membatalkan niat murni itu apabila mereka dilaporkan ditahan di KLIA.

Difahamkan, kumpulan jemaah itu ditahan ekoran menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Penasihat undang-undang juga aktivitis Mind Pro Management, Ena Ewil dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan awal, jemaah itu dijanjikan visa mujamalah, namun gagal mendapatkannya sebelum diberikan visa pelancong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI