fbpx

Plaza Tol Gombak sesak 12 km, perantau mula pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak dan Genting Sempah, petang ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik semakin sesak di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan pertambahan kenderaan apabila orang ramai sudah mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menerusi makluman Astro Radio Traffic, aliran trafik di KLK dilaporkan sesak sepanjang 12 kilometer dari Plaza Tol Gombak hingga ke Genting Sempah setakat pukul 4.15 petang tadi.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Bagi arah selatan, trafik perlahan membabitkan laluan di Plaza Tol Sungai Besi, Nilai dan Seremban sementara arah utara dilihat lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI