fbpx

Pemandu BMW maut, penunggang motosikal parah dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta BMW yang terlibat kemalangan di Lorong Motor Bukit Ayun, Bayan Lepas, awal pagi tadi.

BALIK PULAU – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis BMW yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal di Lorong Moror Bukit Ayun, Bayan Lepas di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 29 disahkan mati di tempat kejadian dan mayatnya ditemui beberapa meter dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, penunggang motosikal jenis Yamaha iaitu lelaki yang berusia 24 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.07 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru diketuai Komander Operasi Mohamad Hirman Mat Rodzi.

“Terdapat dua mangsa iaitu pemandu kereta dan penunggang motosikal dan pasukan bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan mangsa.

“Mangsa penunggang motosikal mengalami kecederaan parah manakala pemandu kereta telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Beliau memberitahu, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 4.38 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI