fbpx

Orbita Ultimate buat kemunculan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL Fahmi (kiri) ketika hadir pada pelancaran bola Puma Orbita Ultimate PL di Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Peminat setia Liga Perdana Inggeris (EPL) di Malaysia akhirnya dapat menyaksikan sendiri bola rasmi yang akan digunakan bagi saingan 2025/26 selepas ia diperkenalkan secara rasmi hari ini.

Pengenalan bola yang diberi nama Puma Orbita Ultimate PL itu menjadi satu detik yang menandakan EPL sudah memasuki era baharu menerusi kerjasama dengan pengeluar barangan sukan dari Jerman itu.

Pengurus Negara Puma Malaysia, Steven Tan berkata, bola sepak sentiasa berada dalam DNA jenama itu dan mereka tidak sabar untuk menjadi pembekal bola rasmi buat liga yang dianggap terbaik di dunia.

“Bola sepak memang sudah sebati dalam DNA Puma dengan legasi berdekad lamanya selain menghubungkan kita dengan pasukan serta pemain legenda. Hari ini, Puma dengan bangganya menjadi pembekal bola rasmi untuk EPL,” katanya.

PUMA Orbita Ultimate PL

Pada majlis pelancaran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, hari ini, peminat dapat menyaksikan sendiri reka bentuk Orbita Ultimate yang memiliki 12 panel seimbang bertujuan untuk kawalan dan sentuhan optimum.

Majlis pelancaran hari ini turut diserikan dengan kehadiran penjaga gol legenda negara yang kini menabur bakti bersama pasukan Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat.

Kemunculan bola terbaharu itu juga mampu menghangatkan lagi kemeriahan aksi Liga Perdana di Malaysia yang disifatkan memiliki peminat EPL paling ramai di benua Asia.

Bola berkenaan akan mula digunakan dalam Siri Musim Panas EPL Julai depan dan ia menjadi tanda berakhirnya era Nike yang menjadi pembekal bola rasmi liga berkenaan sejak 2000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI