fbpx

Nahas FRU: Laporan awal siasatan dibentang pada Kabinet minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK berkuasa memeriksa trak Unit Simpanan Persekutuan yang remuk selepas dirempuh sebuah lori batu dalam kejadian di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada 13 Mei lalu.

PUTRAJAYA – Laporan siasatan awal daripada pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pasukan petugas khas berkenaan telah diberikan masa selama 30 hari sebelum ini untuk melengkapkan laporan tersebut.

“Apabila mereka bentangkan (kepada MOT), (kemudian) saya akan bentangkan terlebih dahulu kepada Jemaah Menteri sebelum kita membuat langkah seterusnya,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini hari ini.

Terdahulu, Anthony Loke dilaporkan berkata, pasukan berkenaan dianggotai pakar serta wakil agensi utama berkaitan dengan Ketua Inspektor Kemalangan Udara MOT, Briged Jeneral Tan Chee Kee sebagai pengerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI