fbpx

Mahu Malaysia menjadi rakan utama di benua Afrika – Embalo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Embalo beramah mesra sempena lawatan rasmi Presiden Guinea-Bissau di Bangunan Perdana Putra, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA –  Guinea-Bissau menyatakan kesediaan negaranya untuk mempelajari pengalaman dimiliki Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, bantuan teknikal serta sektor perindustrian.

Presiden Guinea-Bissau, Jeneral Umaro Sissoco Embalo berkata, ini kerana, Malaysia mempamerkan pencapaian membanggakan bukan sahaja di Asia Tenggara, tetapi di pentas global.

“Kami berbangga kerana kita ibarat saudara dan hubungan antara kita seharusnya mudah, mesra dan penuh keakraban.

“Saya yakin bahawa lawatan ini akan membuahkan kejayaan dan saya benar-benar berharap begitu,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra di sini tadi.

Katanya, kedua-dua negara juga akan terus berhubung dan akan bekerjasama secara langsung dengan rakan sejawat di Malaysia bagi melaksanakan perkara yang dipersetujui

“Kami akan memantau rapat kemajuan pelaksanaannya kerana hubungan kita amat rapat dan bermakna.

“Kami mahu Malaysia menjadi rakan utama kami di benua Afrika dan Malaysia boleh menjadi kunci penting bagi kami bukan hanya di Asia, tetapi juga di peringkat global.

“Malaysia mempunyai peranan yang besar dan penting untuk dimainkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI