fbpx

Lelaki curi mesin rumput bekas MB Kedah dipenjara 30 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakesh Kumar (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Setar setelah didakwa memecah masuk dan mencuri mesin rumput di rumah bekas MB Kedah, minggu lepas.

ALOR SETAR – Seorang lelaki dipenjara 30 bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memecah masuk rumah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan mencuri mesin rumput, minggu lalu.

Tertuduh, T. Rakesh Kumar, 44, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret, Nur Syifa Mohd. Hamzah.

Majistret Nur Syifa turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Dalam pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sharmila Md Asri itu, Rakesh Kumar didakwa memecah rumah bekas Menteri Besar itu dan mencuri mesin rumput di Taman Rakyat, di sini kira-kira pukul 2.50 pagi, 29 Mei lepas.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Biro Bantuan Guaman, Aina Shafina Idrus Said didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebat.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia terpaksa menyara isteri dan ibu bapa yang uzur selain pendapatan tidak menentu.

Pihak pendakwaan bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal diberikan memandangkan ia merupakan kesalahan kedua tertuduh yang mempunyai rekod lampau sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI