fbpx

Langkah bersejarah di bumi Birmingham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASANGARI (kiri) meraikan kejayaannya menewaskan Watanabe di suku akhir Terbuka Britain awal pagi tadi. - PSA SQUASH TOUR

KUALA LUMPUR – Bintang skuasy negara, S. Sivasangari terus melakar pencapaian tersendiri apabila mara ke suku akhir Terbuka Britain buat kali pertama dalam karier profesionalnya.

Kejayaan tersebut diraih selepas pemain berusia 25 tahun itu menundukkan pencabar dari Jepun, Satomi Watanabe 11-9, 11-9, 4-11, 11-4 di pusingan ketiga yang berlangsung selama 45 minit di Birmingham Repertory Theatre awal pagi tadi.

Ia merupakan pencapaian terbaik Sivasangari di kejohanan bertaraf Berlian itu sejak melakukan penampilan sulung pada 2018 dan turut mengukuhkan kedudukannya dalam kelompok 10 terbaik dunia ketika ini.

“Mengenai Satomi, dia adalah sahabat baik saya dan kami telah bermain bersama sejak usia 10 atau 11 tahun. Sejak kebelakangan ini, Satomi mempamerkan prestasi yang sangat baik,” kata Sivasangari selepas perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut, anak kelahiran Kedah itu dijadualkan berdepan lawan berprofil lebih tinggi, Amina Orfi dari Mesir yang kini berada di ranking kelima dunia di suku akhir pada awal pagi esok.

Kejayaan di Birmingham juga memberi petunjuk Sivasangari kini berada pada landasan betul untuk memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 memandangkan Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) pernah memberi bayangan hanya kelompok 16 terbaik dunia bakal meraih slot automatik ke temasya berprestij itu.

Selain dirinya, seorang lagi wakil negara dalam program Fast Track Road To Gold, Ng Eain Yow perlu mengekalkan momentum prestasi menjelang beberapa kejohanan utama selepas ini.

Sivasangari kini di ranking kesembilan dunia dan dijangka meraih lonjakan mata berdasarkan sistem kutipan ranking PSA minggu hadapan hasil pencapaiannya pada kejohanan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI