fbpx

‘Kurang ajar, berani dia maki adik saya depan orang ramai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lufya bengang apabila adiknya yang merupakan seorang doktor perubatan dimaki seorang kru penerbangan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Selebriti Lufya Omar bengang apabila adiknya, Dr. Naifah, dimaki hamun seorang kru penerbangan ketika mahu berlepas ke Sabah atas urusan kecemasan.

Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, kejadian itu berlaku kelmarin ketika adiknya cuba menaiki pesawat untuk pulang bertugas sebagai doktor pakar bagi menyelamatkan nyawa pesakit, namun penerbangan ditunda tanpa alasan jelas.

“Kenapa pekerja penerbangan itu seteruk ini? Siapa perempuan itu? Berani dia maki adik saya depan orang ramai!

“Adik saya balik Sabah bukan suka-suka. Dia balik sebab ada kecemasan, demi selamatkan nyawa orang lain. Tapi flight ditunda dari jam 4 ke 6 petang tanpa alasan munasabah.

“Lepas tu, dia pula kena tengking. Kurang ajar betul!” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Tambah pelakon Ahli Mesyuarat Tingkap itu, tindakan pramugari terbabit langsung tidak mencerminkan nilai murni yang sepatutnya dimiliki petugas barisan hadapan dalam sektor perkhidmatan awam.

“Dia sanggup tak balik beraya demi tanggungjawab. Tapi dibalas dengan kata-kata kesat. Nak menenangkan pun tak, lagi ditekan.

“Budi bahasa hilang, sikap angkuh pula menonjol. Setitik nila, habis rosak susu sebelanga. Tolong ambil tindakan serius terhadap hal ni,” tegasnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dan menyelar tindakan pramugari berkenaan.

“Saya pun pernah alami situasi lebih kurang. Ada segelintir pramugari rasa mereka kebal bila berseragam merah,” komen seorang pengguna media sosial.

“Saya doakan Dr. Naifah kuat dan terus ikhlas dalam perjuangan sebagai penyelamat nyawa. Semoga pihak syarikat ambil tindakan,” tulis seorang lagi netizen.

Terdahulu, pelakon Fasha Sandha turut mendedahkan pengalaman tidak menyenangkan bersama kru penerbangan ketika menaiki pesawat pada Aidilfitri lalu.

Pelakon Rampas Cintaku itu juga ditegur dengan cara yang dirasakannya kasar, biarpun ketika itu hanya ingin menguruskan anak-anaknya.

Rentetan dua kejadian ini, netizen mula mempersoalkan tahap profesionalisme sebahagian kru kabin syarikat penerbangan terbabit.

Ramai mendesak agar pihak pengurusan tampil memberi penjelasan dan tidak sekadar berdiam diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI