fbpx

Cuaca panas ketika wukuf, jemaah perlu berada dalam khemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail khemah-khemah di Padang Arafah, dekat Mekah. - Foto AFP

JEDDAH – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah menggesa jemaah untuk kekal berada di dalam khemah yang ditetapkan ketika wukuf di Padang Arafah dari pukul 10 pagi hingga 4 petang (waktu tempatan), lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi mengelakkan strok haba dengan memetik suhu tinggi yang diramalkan di Padang Arafah. 

Beliau memberi amaran bahawa berjalan-jalan tanpa tujuan akan menimbulkan ancaman besar kepada aliran orang ramai dan keselamatan jemaah haji.

Tawfiq membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan ketua-ketua misi haji dari pelbagai negara yang diadakan di luar Simposium Utama Haji ke-49 yang berakhir di Jeddah pada Ahad lalu.

Beliau selain itu mengarahkan pejabat hal ehwal haji untuk mematuhi peraturan-peraturan berkaitan pergerakan jemaah di tapak suci, menekankan keselamatan mereka dan pelaksanaan ibadah yang optimum.

Selain itu, kepentingan penggunaan pengangkutan yang ditetapkan dari Arafah ke Muzdalifah berbanding berjalan kaki turut ditekankan. 

Musim haji bermula hari ini dengan lebih satu juta jemaah mengerjakan rukun Islam kelima tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI