fbpx

Isteri dipukul suami kerana tidak masak kari telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seorang peniaga menjual telur ayam di Chennai.. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang wanita berusia 41 tahun meninggal dunia selepas dipukul di kepala oleh suaminya kerana tidak memasak kari telur untuk makan tengah hari, lapor laman berita NDTV semalam.

Menrut polis, insiden itu berlaku di kampung Kutiling dalam daerah Mayurbhanj, negeri Odisha.

Berang kerana dihidangkan makan tengah hari tanpa kari telur, Lama Baskey, 55, memukul kepala isterinya, Basanti dengan paip sekali gus meragut nyawanya di tempat kejadian, tambah polis.

“Mayat dihantar untuk bedah siasat ke Hospital Kecil Udala,” kata seorang pegawai polis tempatan, Inspektor Banamali Barik sambil menambah, suspek telah ditahan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI