BANGKOK – Seorang guru sekolah vokasional di Thailand digantung tugas selepas dirakam memaksa pelajar minum air yang dicampurkan dengan puntung rokok, lapor portal berita Bangkok Post.
Kejadian berlaku di wilayah Nakhon Sawan pada 29 Mei lalu.
Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan guru disiplin itu sedang memarahi 10 pelajar lelaki yang ditangkap menghisap rokok di kawasan sekolah.
Dia kemudian mengarahkan pelajar-pelajar terbabit untuk meletakkan puntung rokok ke dalam botol minuman sebelum mereka dipaksa meminumnya.
Sebilangan netizen mengecam tindakan guru tersebut kerana dianggap berlebihan dan berbahaya.
Susulan video itu, pihak sekolah menjelaskan bahawa guru tersebut telah digantung tugas.
Mereka juga memanggil ibu bapa pelajar terlibat untuk membincangkan tindakan lanjut. – AGENSI