fbpx

Gugup punca kecundang di Roland Garros

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHENG kempunan melangkah ke separuh akhir selepas tewas 6-7, 3-6 kepada Sabalenka awal pagi tadi. - AFP

PARIS – Ratu tenis China, Qinwen Zheng menegaskan kekalahannya kepada Aryna Sabalenka di suku akhir Terbuka Perancis awal pagi tadi bukan berpunca daripada bunyi dengusan lawan, sebaliknya kerana tekanan beraksi di pentas besar Roland Garros.

Zheng yang menewaskan pemain No. 1 dunia itu di Terbuka Itali bulan lalu, gagal mengulangi pencapaian sama apabila tewas straight set 6-7, 3-6 dalam pertembungan di gelanggang Philippe Chatrier.

“Saya rasa saya gugup sebab ini suku akhir Terbuka Perancis. Tak kisah siapa lawan saya hari ini, saya tetap akan rasa tegang sebab terlalu mahukan kemenangan.

“Mungkin disebabkan itu prestasi saya tak memuaskan, saya rasa saya tak capai pun 60 atau 70 peratus daripada permainan terbaik saya,” katanya.

Zheng juga menafikan Sabalenka adalah lawan paling kuat dari segi pukulan yang pernah dihadapinya, sebaliknya mengakui dia lebih biasa berlatih menentang rakan sparring lelaki.

“Kalau ikut sparring, mereka lelaki jadi sudah tentu pukulan lebih kuat daripada dia (Sabalenka). Jadi itu bukan masalah untuk saya,” katanya.

Kekalahan itu merupakan yang ketujuh buat Zheng daripada lapan pertemuan menentang Sabalenka, namun pemain berusia 22 tahun tersebut tetap percaya taktikalnya berkesan.

“Saya rasa pelan permainan saya menjadi, tapi terlalu gopoh. Bila saya dah mendahului, saya mula lakukan banyak kesilapan mudah,” katanya.

Zheng kini akan mengalihkan tumpuan ke gelanggang rumput, meskipun prestasinya di permukaan itu tidak begitu memberangsangkan apabila kalah enam daripada tujuh perlawanan terakhir. – AGENSI=

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI