fbpx

Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI HAWA (kiri) dan Abdul Halim menjadi jemaah keenam dan ketujuh yang dilaporkan meninggal dunia di Mekah.

MEKAH – Dua lagi termasuk seorang jemaah haji wanita dilaporkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah, di sini menjadikan angka kematian meningkat kepada tujuh orang.

Jemaah keenam yang meninggal dunia adalah Siti Hawa Ibrahim, 64, akibat serangan jantung dan kematian ketujuh, Abdul Halim Awang, 76, berpunca jangkitan kuman dan kegagalan organ.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Allahyarhamah Siti Hawa dari Terengganu menginap di Hotel Land Premium meninggal dunia pada pukul 9.32 malam semalam.

“Jemaah ketujuh, Allahyarham Abdul Halim dari Alor Setar, Kedah dan menginap di Al Fajar Al Badae 5 pula dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi hari ini. Kedua-dua jemaah meninggal dunia di Hospital King Abdullah.

“Waris-waris telah dimaklumkan dan pihak Tabung Haji akan menguruskan semua perkara berkaitan. Sama-sama kita doakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd. Na’im hadir pada majlis pelepasan jemaah haji Malaysia ke Arafah di Abraj Al Tayseer, di sini.

Beliau termasuk pengurusan tertinggi TH turut mengucapkan takziah kepada waris dan seluruh keluarga jemaah tersebut sama ada yang berada di Tanah Suci dan di tanah air.

Setakat hari ini, seramai tujuh jemaah Malaysia dilaporkan meninggal dunia dan kesemua kematian berlaku di Mekah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI