PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Negeri Sembilan serta Melaka sehingga pukul 11 pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Port Dickson dan Alor Gajah serta Melaka Tengah.
“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar) dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, hujan lebat dijangka menimpa kawasan di Sarawak antaranya, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE