fbpx

Chelsea sedia lelong 15 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADUEKE (tengah) antara salah seorang daripada 15 pemain Chelsea bakal ditunjukkan jalan keluar musim depan. - AFP

LONDON – Juara Liga Konferens Europa musim ini, Chelsea dilaporkan sedia melepaskan 15 pemainnya termasuk bintang England, Noni Madueke yang gagal beraksi pada tahap jangkaan sebenar.

Madueke, 23, menutup musim ini dengan 11 gol dan lima bantuan jaringan daripada keseluruhan 41 penampilan dalam semua kejohanan dengan hanya dua rakan sepasukannya, Cole Palmer dan Nicolas Jackson meledak lebih banyak jaringan di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kecemerlangannya menyaksikan dia terpilih mewakili England, namun perkembangan yang ditunjukkannya didakwa gagal memikat hati pengendali Chelsea, Enzo Maresca.

Maresca mengharapkan Madueke yang dibeli daripada PSV Eindhoven dengan harga £30 juta (RM172.27) pada Januari 2023 mampu menjaringkan lebih banyak gol di pentas EPL berbanding hanya tujuh musim ini.

Disebabkan itu, kem Chelsea merasakan yuran perpindahan bulan ini adalah waktu tepat untuk menjualnya dalam usaha menyambar pemain sayap baharu musim depan.

Buat masa ini, Chelsea sudah berjaya mencapai persetujuan lisan dengan penyerang Ipswich Town, Liam Delap berharga £30 juta (RM172.27) dan Dario Essugo dari Sporting Lisbon.

Antara nama dalam radar Chelsea seperti Jamie Gittens (Borussia Dortmund), Alejandro Garnacho (Manchester United) dan Jadon Sancho yang berkemungkinan dibeli secara tetap.

Pemain-pemain seperti Djordje Petrovic, Ben Chilwell, Axel Disasi, Renato Veiga, Carney Chukwuemeka, Lesley Ugochukwu, Raheem Sterling dan Joao Felix yang dipinjam keluar hampir pasti bakal dijual.

Begitu juga Christopher Nkunku, Kiernan Dewsbury-Hall, Trevoh Chalobah, Wesley Fofana, Robert Sanchez dan Nicolas Jackson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI