fbpx

‘Bukan sekadar haiwan yang disembelih, tapi awak sahabat saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Khairul mengucup lembu kesayangannya itu yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengembala lembu meruntun hati orang ramai apabila pemuda tersebut sedang menghitung hari untuk haiwan peliharaannya disembelih.

Menerusi perkongsian di Facebook, Khairul Johari, dia memuat naik satu coretan beserta sekeping gambar memaparkan dirinya sedang mencium kepala lembu tersebut.

Lebih meruntun hati, lembu itu mengeluarkan air mata seolah-olah mengetahui dirinya bakal berpisah ke negeri abadi dalam masa tiga hari lagi.

Khairul Johari di dalam coretannya meluahkan bahawa lembu itu sering dijadikan sebagai teman ketika berdepan dengan pelbagai masalah walaupun haiwan tersebut tidak boleh bercakap.

Jelasnya, dia sering merasa ada ketenangan datang daripada lembu berkenaan yang tidak dapat diperolehi daripada mana-mana manusia.

“Saya pernah duduk di sisi awak waktu langit gelap, waktu jiwa saya serabut, waktu hidup saya sempit.

“Saya tak perlu bercakap banyak. Saya cuma letak tangan atas kepala awak. Dan entah kenapa, saya rasa dunia jadi perlahan. Nafas saya jadi dalam,” tulis Khairul.

Pemuda itu juga berkata, lembu tersebut sering menunjukkan rasa sayang dalam seribu macam cara antaranya yang terawal datang apabila Khairul memasuki kandang.

“Bila saya sakit, awak pandang saya lama-lama, tunduk kepala dekat lutut saya.

“Bila saya menangis diam-diam waktu suap awak makan, awak tenung saya macam awak tahu, awak tak akan lama,” luahnya.

Meluah lanjut, Khairul berkata dia menyayangi lembu berkenaan bukan sebab ia besar, cantik mahu pun jinak tetapi kasih terhadap haiwan itu.

Kini, Khairul berkata dirinya sedang menghitung hari sebelum reda melepaskan haiwan kesayangannya itu buat selama-lamanya menghadap Sang Pencipta.

“Raya korban kali ni, awak bukan sekadar haiwan yang saya sembelih. Awak sahabat. Awak saksi. Awak perpisahan yang saya relakan demi Tuhan saya.

“Saya tahu awak tak faham apa itu pengorbanan. Tapi bila awak rebah nanti, saya percaya awak akan bawa cinta saya kepada Tuhan, dalam bentuk darah dan takbir,” katanya.

Khairul turut berharap haiwan kesayangannya itu dapat menunggunya di Padang Mashyar kelak sebagai saksi dan pembela atas pengorbanan dirinya melepaskan haiwan itu di dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI