fbpx

Bot kargo air ditahan lakukan pelbagai kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot kargo air dan tiga termasuk nakhoda yang ditahan Maritim.

KLANG – Sebuah bot kargo air ditahan selepas melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak mengaktifkan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) di kedudukan kira-kira 0.16 batu nautika selatan Tanjung Harapan di sini semalam.

Penahanan bot yang dikendalikan seorang nakhoda bersama tiga kru warga Indonesia berusia 38 hingga 48 tahun dilakukan kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, vesel itu beroperasi dengan melanggar syarat lesen di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Katanya, ini termasuk nama nakhoda tidak seperti yang tertera dalam lesen dan kegagalan mengemukakan lesen 500GT Domestic Trade Voyages.

“Bukan itu sahaja, terdapat dua kru bot kargo berkenaan tiada dalam senarai nama lesen, tidak mengaktifkan AIS dan salah seorang kru tidak memiliki buku pelaut serta kargo menggajikan kru warga asing.

“Selain itu, bot kargo itu juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu seorang kru warga asing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, bot berserta seorang nakhoda dan dua kru dibawa ke jeti Pangkalan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI