fbpx

3,520 premis belum miliki Sijil Perakuan Bomba 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Izram (tengah) melakukan gimik perasmian ketika Majlis Perasmian Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) JBPM Perak di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Sebanyak 3,520 atau 37.8 peratus premis di seluruh negara masih belum memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ir Ahmad Izram Osman berkata, daripada jumlah itu sebanyak 357 premis merupakan bangunan kerajaan manakala 3,163 pula premis swasta.

“Berdasarkan statistik terkini Bahagian Keselamatan Kebakaran, terdapat sebanyak 9,321 premis ditetapkan di seluruh negara di mana 8,595 merupakan premis swasta dan 726 pula bangunan kerajaan.

“Daripada jumlah itu, hanya 5,801 premis memiliki FC membabitkan 5,432 premis swasta dan 369 bangunan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) JBPM Perak 2025, di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha proaktif kini dijalankan bagi memastikan semua bangunan atau premis yang ditetapkan di seluruh negara memiliki FC sekali gus mematuhi peraturan keselamatan kebakaran dan selamat untuk dihuni.

Tambah Ahmad Izram, langkah pendigitalan terutama melalui penggunaan sistem e-PREMIS diyakini dapat membantu JBPM dalam usaha memastikan semua premis memiliki FC menjelang akhir tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI