fbpx

1,740 kes kemalangan, 19 maut dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 1,740 kes kemalangan jalan raya telah direkodkan di seluruh negara semalam, melibatkan 19 kematian dalam tempoh 24 jam.

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia tersebut menunjukkan peningkatan yang membimbangkan berbanding hari sebelumnya, dengan tambahan 405 kes kemalangan dan sembilan kes kematian.

Angka ini sekali lagi menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna.

“Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini hari ini.

Laporan statistik harian ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memberi kesedaran serta memaklumkan masyarakat tentang realiti semasa di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI