fbpx

[VIDEO] Lori tanah ‘terlajak’ habis hentam 3 kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kejadian kemalangan terbabit.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu lori tanah yang memandu laju dan melulu mendapat kecaman orang ramai selepas melanggar tiga kereta dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pagi tadi.

Tular satu klip video di media sosial berdurasi 19 saat yang berjaya dirakam menerusi ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) sebuah kenderaan di lokasi kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila lori berkenaan terlajak ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu tersebut yang dilihat memandu secara melulu tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

“Main telefon ini sedar-sedar lampu merah,” komen Naim Ismail.

“Driver macam ni patut digantung lesen lama-lama. Bawa laju. Bayangkan kalau ada motor kat situ, tak naya ke,” tulis Al-Zahir Beybres.

“Kalau diri sendiri sahaja biar ‘pi hang la’ nak jadi apa pun,” kata Hafifi Uchop.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan keadaan kemalangan dan mangsa yang terlibat.

Sehingga kini rakaman video itu mendapat lebih 21,900 penonton dan 219 tanda suka di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI