fbpx

[VIDEO] ‘Guru wajib dihormati, tidak kira siapa anda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap Layar: Seorang guru tuisyen berbangsa India menikmati juadah bersama masyarakat setempat bersempena Majilis Khatam al-Quran.

PETALING JAYA – Satu pengalaman menyentuh hati dikongsikan oleh seorang guru tuisyen berbangsa India yang mengajar di sebuah sekolah agama berdekatan surau tempatan.

Menurut perkongsian @Kaveelasheeni di aplikasi TikTok, beliau sendiri terasa terharu apabila telah dijemput oleh golongan warga setempat untuk turut sertai menikmati hidangan bersama-sama mereka bersempena Majilis Khatam al-Quran.

“Saya benar-benar terkejut. Mereka memanggil saya dengan hormat, melayan saya sebagai seorang guru, dan mengajak saya makan bersama,” katanya.

Beliau menyatakan rasa terharu dan bersyukur, menyifatkan pengalaman itu sebagai bukti keindahan budaya yang terdapat di Malaysia.

“Dalam momen itu, saya rasa begitu dihargai. Betapa indahnya negara ini, di mana walaupun berbeza latar budaya, rasa hormat sesama insan tetap utuh dan tidak ternilai,” tambahnya.

Menerusi perkongsian ramai netizen yang menyifatkan ia sebagai cerminan perpaduan rakyat Malaysia dan sentiasa menghormati insan bernama guru.

“Guru wajib dihormati, tidak kira siapa anda,” kata @Kaklong_hasliza.

“Kita harmoni lagi-lagi guru darjat tinggi dimana pun anda berada,” ujar@Misslina_mhd. – KOSMO! ONLINE

@kaveelasheeni Been teaching tuition in a sekolah agama near surau for months now …Yesterday during Majlis Khatam Al-Qur’an at the surau, I let my students go enjoy the meal prepared for the event. To my surprise, the elders called me over, respected me as a teacher, and invited me to dine with them. In that moment, I felt so overwhelmed with gratitude🫡What a beautiful country we live in — where despite our different cultures, the respect we show one another is truly irreplaceable❤️❤️❤️#beautifulmalaysia ♬ son original – Seb Wery

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI