fbpx

Suami kelar isteri cuba bakar rumah mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TANGKAK – Seorang lelaki dipercayai mengelar isterinya sehingga mati sebelum membalut mangsa menggunakan selimut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir di sini, semalam.

Menurut sumber, selepas membunuh isterinya, suspek berusia lingkungan 30-an itu kemudian telah ke rumah mentuanya di Kebun Baru, di sini sebelum cuba membakar kediaman keluarga tersebut.

Perbuatan suspek bagaimanapun disedari dan hanya beberapa buah kenderaan di luar kediaman yang musnah akibat dibakar.

Tambahnya, suspek telah melarikan diri dengan pulang ke kediamannya di Bukit Gambir sebelum berjaya diberkas polis kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Suspek lelaki dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak esok untuk mendapatkan permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI