fbpx

Speedy Tigers realistik ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARJIT (kiri) bersama Datuk Najmi Razak pada sidang akhbar sempena Piala Negara-Negara FIH di Stadium Hoki Nasional hari ini. - SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara enggan terlalu yakin dengan meletakkan sasaran final, sebaliknya bersikap realistik apabila menyasarkan kedudukan separuh akhir terlebih dahulu pada kempen Piala Negara-Negara FIH 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bermula 15 Jun ini.

Menurut Sarjit, sasaran itu dianggap wajar berdasarkan prestasi semasa pasukan yang kini dibentuk menerusi gabungan pemain muda dan berpengalaman.

“Saya sudah bersama pasukan selama setahun. Saya rasa adil untuk katakan bahawa kami perlu dan patut layak ke separuh akhir,” katanya pada sidang media pengumuman skuad di Stadium Hoki Nasional hari ini.

Sebagai persiapan akhir, Speedy Tigers akan berdepan Wales dalam aksi persahabatan pada 13 Jun ini yang akan berlangsung secara terbuka kepada umum di Stadium Hoki Nasional.

Senarai akhir 20 pemain telah dimuktamadkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dengan pemain tengah berpengalaman, Marhan Mohd. Jalil dijangka kekal sebagai kapten mengemudi pasukan dalam misi penting di laman sendiri.

Tumpuan kini terarah kepada perlawanan pembukaan menentang Pakistan pada 15 Jun, diikuti aksi menentang New Zealand dan Jepun dalam saingan Kumpulan B.

Kumpulan A pula melibatkan Afrika Selatan, Perancis, Wales dan juara bertahan, Korea Selatan.

Sebagai rekod, Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi pertama 2022 dan sekadar kedudukan ketujuh ketika penganjuran 2023/2024.

Piala Negara-Negara FIH edisi kali ini akan berlangsung dari 15 hingga 21 Jun dan menjadi pentas penting bagi skuad negara membuktikan kemampuan menghadapi cabaran pasukan elit dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI