fbpx

Ribut petir landa Perlis, Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk di Kedah melibatkan kawasan Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Hujan lebat turut diramal di seluruh kawasan Perlis manakala Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta),” katanya hari ini.

Cuaca sama dijangka berlaku di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah.

Sementara itu, kawasan terlibat di Terengganu termasuk Dungun dan Kemaman manakala Pahang melibatkan daerah Kuantan.

“Bagi Sarawak pula, hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau), ” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI