fbpx
Siti Farhana (kiri) menerima sijil daripada wakil MBOR di Putrajaya baru-baru ini.

PTTI bakal lahirkan 1,000 pelajar SPM catat ‘Straight A’ tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Pusat tuisyen terkemuka, PTTI terus mencipta sejarah dalam dunia pendidikan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian luar biasa dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Dua anugerah yang diterima adalah Most Straight A’s SPM Students in a Tuition dan Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition.

Pengiktirafan ini diberikan selepas PTTI berjaya melahirkan seramai 401 pelajar Straight A’s’ dan mencatatkan 18,432 Gred A terkumpul bagi peperiksaan SPM 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, kejayaan ini  adalah hasil kerja keras daripada semua pihak.

“Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025  di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Melihat kejayaan ini, Siti Farhana menerangkan bahawa syarikat sedang mengorak langkah untuk merancang strategi bagi membolehkan pusat tuisyen itu mencatat lebih banyak pencapaian pada masa depan.

“Sehubungan itu, PTTI kini menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar ‘Straight A’s’ bagi SPM 2025,” ujarnya.

Justeru, pelbagai inisiatif akan diteruskan, termasuk kelas dalam talian, konsultasi akademik serta pemantauan prestasi secara konsisten.

“Sebagai sokongan kepada ibu bapa dan pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini, PTTI menawarkan sesi konsultasi percuma untuk membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak,” jelas beliau.

Selain meraikan 401 pelajar ‘Straight A’s’, syarikat turut menghargai 356 pelajar ‘Nearly All A’s’, dan 1,685 pelajar yang memperoleh 6A dan ke atas.

Sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang ini, PTTI juga bekerjasama dengan Yayasan Nurjiwa yang mana memberikan insentif wang tunai RM500 kepada setiap pelajar ‘Straight A’s’, menjadikan jumlah keseluruhan insentif mencecah RM200,500. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI