fbpx

Pelanggan gerai burger parah dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (kiri) parah selepas dilanggar pemandu (kanan) kereta itu.

SHAH ALAM – Malang menimpa seorang pelanggan sebuah gerai burger selepas dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Malung, Seksyen 17 di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam tersebut menyebabkan mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 39 tahun tersebut patah tulang rusuk selain cedera di bahagian belakang.

Insiden tersebut tular di media sosial menerusi dua buah video berdurasi 42 saat dan lebih seminit.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa sedang duduk di meja makan gerai burger tersebut.

Katanya, sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 55 tahun telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Kereta itu kemudian telah melanggar mangsa dan sebuah lagi kereta jenis Proton Waja yang diparkir di tepi jalan.

“Kemalangan tersebut telah mengakibatkan mangsa yang merupakan pelanggan gerai patah rusuk serta kecederaan di belakang badan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tegasnya, pemandu tersebut kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk diambil sampel darah bagi mengesan kandungan alkohol dan dadah dalam darah serta telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Mohd. Iqbal, kes disiasat di mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI