fbpx
Arthur (tengah) hadir pada majlis penyerahan bantuan mekanisasi pertanian di Dewan Datuk Zainal Abidin di Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

PBRS Bersiap Hadapi PRN Sabah – Arthur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup memberi jaminan bahawa persiapan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang berjalan lancar dan teratur.

Menurut beliau, beberapa siri perbincangan serta mesyuarat telah diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan serta Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai langkah awal dalam memperkukuh strategi gabungan kerajaan perpaduan di negeri itu.

“Sebagai parti komponen BN, PBRS sentiasa komited terhadap kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan.

“Semangat kerjasama ini akan diterjemahkan sepenuhnya di Sabah melalui rundingan bersama parti-parti lain yang turut berkepentingan dalam landskap politik negeri ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Mekanisasi Pertanian di Bagan Serai di sini hari ini.

Tambah Arthur, proses rundingan masih berjalan termasuk perbincangan mengenai agihan kerusi antara parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh PBRS akan ditentukan berdasarkan hasil rundingan tersebut. Apa yang penting ialah semua pihak mengutamakan kepentingan rakyat Sabah serta memastikan kestabilan politik negeri terus dipertahankan,” katanya- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI