fbpx

Man. United menang, Fernandes kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kiri) ketika beraksi menentang ASEAN All Stars dalam siri jelajah pra-musim United di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. - SHIDDIEQIIN ZON

MANCHESTER – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes telah menolak tawaran lumayan daripada gergasi Liga Pro Saudi, Al Hilal yang menawarkan gaji mencecah £700,000 (RM4.0 juta) seminggu demi mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.

Masa depan perancang tengah itu menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong The Red Devils sejak beberapa minggu lalu terutama selepas Al Hilal tampil dengan tawaran yang begitu lumayan.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Fernandes sudah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut kerana mahu terus bersaing di Eropah.

“Bruno Fernandes telah menolak tawaran Al Hilal. Walaupun kontrak yang ditawarkan sangat lumayan, dia mahu kekal bermain bola sepak di Eropah. Keputusan tersebut telah dibuat,” katanya. 

Sekiranya Fernandes, 29, bersetuju menyertai untuk mereka, dia bakal menerima pendapatan tahunan yang cukup lumayan mencecah £65 juta (RM373.36 juta) setahun untuk kontrak selama tiga musim dengan juara 19 kali Liga Pro Saudi itu.

Sebagai rekod, Fernandes sentiasa menjadi aset penting United sejak berhijrah daripada Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan keseluruhan bernilai £67.6 juta (RM387.90 juta) pada Januari 2020.

Spekulasi masa depan Fernandes di Old Trafford menjadi tumpuan, namun buat masa ini, keputusannya menolak kelab berpangkalan di Riyadh itu dianggap sebagai kemenangan buat The Red Devils. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI