fbpx

Mac Allister dedah punca aksi melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAC ALLISTER mengakui prestasinya memuncak ekoran faktor beraksi bersama pasukan besar seperti Liverpool. - AFP

LIVERPOOL – Pemain tengah Liverpool, Alexis Mac Allister menganggap dia sudah menampilkan aksi terbaik dalam karier ketika membantu pasukan itu menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pemain Argentina itu boleh dianggap sebagai tonggak utama pasukan apabila melakukan 35 penampilan dalam saingan liga selain berjaya menjaringkan lima gol selain mencatat lima umpanan.

Mac Allister berkata, dia berjaya mempamerkan bakat dan kualiti yang dimiliki kerana beraksi bersama pasukan besar seperti Liverpool selain dikelilingi rakan sepasukan yang banyak membantu.

“Secara jujur, saya sangat gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan sepanjang saingan musim ini. Bagi saya, ia merupakan aksi terbaik yang pernah saya tampilkan sepanjang karier.

“Mungkin ia disebabkan saya berada di pasukan besar seperti Liverpool di mana saya boleh mempamerkan kemampuan sebenar. Bagaimanapun, ia mungkin tidak berhasil tanpa bantuan rakan sepasukan,” katanya.

Meskipun tidak mampu menjaringkan banyak gol buat pasukan, namun sumbangannya cukup besar apabila menjadi penghubung antara barisan pertahanan dan jentera serangan ketika pasukan merencana gerakan untuk menyerang.

“Saya bukanlah seorang pemain yang boleh menggelecek tiga atau empat orang dan menjaringkan 20 gol semusim. Saya adalah pemain yang memerlukan rakan sepasukan jika mahu mendapatkan hasil terbaik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI