fbpx

Lori tangki langgar penghadang tol punca minyak tumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menampal kebocoran pada lori tangki minyak berhampiran Plaza Tol Juru, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kira-kira 500 liter tumpahan minyak kelapa sawit dikesan susulan kebocoran lori tangki akibat terlanggar penghadang besi di Plaza Tol Juru arah Utara di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 11.59 pagi tadi.

Menurutnya, pasukan terdiri 13 anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dibantu BBP Sungai Bakap dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian membabitkan tumpahan minyak kelapa sawit kira-kira 500 liter dari sebuah lori tangki yang mengalami kebocoran pada tangki hadapan akibat terlanggar penghadang besi di laluan plaza tol.

“Pasukan dengan segera melakukan ‘size up’ dan anggota bertindak melakukan kerja menutup lubang kebocoran pada tangki terbabit bagi menghentikan tumpahan minyak.

“Kerja-kerja kawalan dan pembersihan dijalankan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Sungai Bakap,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI