fbpx

Lelaki Pakistan didenda RM2,000 jual bingkai ayat al-Quran salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULEMAN membayar denda yang dikenakan keatasnya selepas mengaku bersalah menjual bingkai ayat Al-Quran mengandungi kesalahan teks di Mahkamah Majestrit Yong Peng hari ini.

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah diatas pendakwaan menjual bingkai ayat al-Quran yang mengandungi kesalahan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majestrit Yong Peng di sini hari ini.

Tertuduh, Suleman,29, membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan dalam bahasa Malaysia dihadapan Majestrit Arun Noval Dass.

Mengikut Pertuduhan, Suleman didapati menjual bingkai ayat al-Quran yang dipercayai mengandungi kesalahan dipercayai diimport dari negara China.

Kesalahan dilakukan di Jalan Bandar Baru 6, Pusat Bandar Baru, Ayer Hitam, pada 26 Mac tahun lalu dan didapati bersalah mengikut Seksyen 14(1), Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KDN, Puan Masreenza Binti Saharin @ Hosrin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan denda sebanyak RM2,000 atau dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI