fbpx

Lelaki maut terjatuh di landasan LRT Pusat Bandar Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa selepas terjatuh ke landasan LRT di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong petang tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Taiwan meninggal dunia selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT), Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu kira-kira pukul 6.05 petang.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi memaklumkan terdapat seorang lelaki anggaran umur 40an berada dibawah LRT dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disyaki telah meninggal dunia dan Kerja kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI