fbpx

Kenapa nak gaduh kalau boleh ‘race’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua orang lelaki saling bertumbukan di tengah-tengah jalan raya sekitar Cyberjaya.

PETALING JAYA – Suasana di sebuah jalan raya di Cyberjaya tiba-tiba bertukar menjadi ‘gelanggang tinju’ melibatkan dua lelaki yang dilihat saling memukul dan menendang tanpa diketahui punca sebenar pergaduhan itu.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman X @mynewshub, orang awam yang melihat ketegangan itu cuba meleraikan pergaduhan sebelum salah seorang lelaki yang terlibat terjatuh.

Perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen dan kebanyakannya berjenaka tentang stereotaip pemandu Perodua Bezza dan Proton Saga.

“Kenapa nak gaduh kalau boleh selesai secara ‘race’. Bezza (lawan) Saga kot,” seloroh @acbnrff

“Owner Saga tu kata kereta dia paling laris kat Malaysia, ‘owner’ Bezza pun marah la,” ujar @pareez__

“ ‘Mostly’ mentaliti Bezza dan Saga,” kata @tahrinkadir81 – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI