fbpx

Kedah, Pahang dilanda hujan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Sarawak sehingga petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu di Kedah melibatkan kawasan Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Hujan lebat turut diramal di seluruh Pulau Pinang dan Pahang termasuk kawasan Kuantan.

“Bagi Sarawak, ribut petir dijangka melanda Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Kapit (Song),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI