fbpx

‘Kalau mati ditanam di kubur Islam, wajib digali buang dalam hutan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video AI dari Indonesia kononnya keadaan santai pada hari pertama di neraka serta mendapat kecaman daripada umat Islam.

PETALING JAYA – Tindakan individu Muslim mempersenda janji dan azab Allah boleh jatuh kepada hukum murtad, bahkan haram mayatnya ditanam di kawasan perkuburan orang Islam jika dia mati kelak.

Perkara itu ditegaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus sewaktu mengulas video yang tular dari Indonesia dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) memaparkan kononnya keadaan di neraka pada hari pertama.

Ustaz Azhar Idrus berkata, sekiranya yang menghasilkan video itu adalah orang Islam, individu tersebut menjadi kafir laknatullah.

“Meringan-ringankan janji dan azab Allah hukumnya murtad. Haram ditanam di kubur orang Islam kalau dia mati.

“Jika mayat sudah ditanam di kubur orang Islam, wajib digali dan dibuang di dalam hutan. Nampak hinanya orang yang ‘menganjing’ (mempersenda) hukum Allah. ‘Menganjing’ dengan agama tak boleh,” tegasnya menerusi satu penjelasan video sewaktu sesi ceramah.

Terdahulu tular video AI di media sosial kandungan memaparkan seorang lelaki kononnya berada di neraka pada hari pertama dan dia berada dalam keadaan santai.

Ia mendapat kecaman daripada umat Islam selain teguran daripada ramai pendakwah termasuk dari Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI