fbpx

Cunha revolusi awal Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUNHA dianggap mampu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan United untuk saingan musim depan. - AFP

MANCHESTER – Manchester United akhirnya membawa masuk penyerang baharu apabila mengesahkan mereka sudah mendapatkan khidmat penggempur Wolverhampton Wanderers dari Brazil, Matheus Cunha.

Pemain berusia 25 tahun itu bersetuju menyertai United dengan nilai perpindahan £62.5 juta (RM358.85 juta) menerusi kontrak perjanjian selama lima tahun dan memiliki pilihan lanjutan setahun.

United menerusi satu kenyataan menjelaskan, perpindahan Cunha boleh dianggap selesai, namun pemain itu masih perlu menyelesaikan urusan visa serta pendaftaran untuk menyarung jersi pasukan tersebut.

“Manchester United sudah mencapai persetujuan dengan Wolverhampton Wanderers bagi mendapatkan khidmat Matheus Cunha. Pembelian pemain Brazil itu sekarang bergantung pada visa dan pendaftaran.

“Semua orang di Manchester United gembira dan tidak sabar untuk menyambut kehadiran Matheus (Cunha) di Old Trafford,” menurut kenyataan dikeluarkan United.

Skuad The Red Devils tampak serius untuk memperkasakan jentera serangan pasukan menjelang saingan musim depan selepas penyerang sedia ada, Rasmus Hojlund gagal menampilkan aksi yang diharapkan.

Sebagai rekod, sejak menyertai Wolves pada 2023, Cunha sudah menjaringkan 33 gol buat pasukan itu dalam 92 penampilan dan dia juga sering terlibat dalam merencana gerakan untuk menyerang.

Menerusi pembelian Cunha, situasi beberapa penyerang seperti Marcus Rashford dan Hojlund berada dalam bahaya apabila mereka berdepan kemungkinan dilepaskan sekiranya ada pasukan berminat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI