PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat di Istana Negara, hari ini.
Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim berkata, Surat Cara Pelantikan dikurniakan kepada Tuan Yang Terutama Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.
Turut hadir, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin. – KOSMO! ONLINE